Kemajuan Kerjaya

 1-13 LAMPIRAN B1 SENARAI TUGAS URUS SETIA Tanggungjawab utama urus setia terdiri daripada tiga (3) peringkat pelaksanaan: SEBELUM i) membentuk urus setia kecil bagi membantu melicinkan pelaksanaan SME (jika perlu); ii) mengadakan siri libat urus (engagement) bersama agensi di bawah perkhidmatan bagi merancang keperluan kepakaran; iii) mengadakan bengkel, penentuan bidang, pembangunan kriteria, pembangunan tahap, penetapan SSA, kaedah penilaian, program latihan dan pembangunan kepakaran. Contoh Pengisian Maklumat Penugasan Khas SME (SME Special Assignment – SSA) dan Contoh Pemarkahan Kemasukan Ke Laluan SME adalah seperti di Lampiran B4 dan Lampiran B5; iv) menguruskan pelantikan anggota tambahan JKI dan JKK berdasarkan kepakaran dan kriteria yang ditetapkan; v) membuat anggaran kos pelaksanaan seperti penginapan, makan, sewaan tempat, fasilitator dan urus setia (tertakluk kepada peruntukan semasa Kerajaan, pekeliling perbendaharaan serta keperluan dasar lain dari semasa ke semasa); vi) menyediakan apa-apa bentuk kaedah pemantauan yang sistematik bagi menguruskan pegawai SME; dan vii) merancang pelaksanaan SME secara berjadual dan teratur.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy