Kemudahan Perumahan

 9 SR.3.2.1 PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, pekeliling dan surat pekeliling di bawah adalah dibatalkan: (i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008: Penjelasan Pelaksanaan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007: Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan; (iii) Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1980: Bayaran Bantuan Sewa Rumah; (iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 1975: Mengosongkan Rumah Kerajaan Apabila Bersara; (v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1977: Mengosongkan Rumah Kerajaan Apabila Bersara; dan (vi) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1974 : Kadar Sewa Rumah Kerajaan Selepas Pelaksanaan Gaji Bersih Di Bawah Perakuan Suruhanjaya Gaji Suffian Dan Aziz. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy