Kemudahan Perumahan

 8 SR.3.2.1 iii. Bangunan Dewan Serbaguna, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi Nilai, Negeri Sembilan; dan iv. Bangunan Dewan Serbaguna, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin bagi Gelang Patah, Johor. c) pegawai yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan yang dikendalikan oleh Jabatan/Agensi selain Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), JPM dan memiliki rumah sendiri yang dibeli melalui Skim Pinjaman/Pembiayaan Rumah Kerajaan dalam lingkungan 20 kilometer daripada pejabatnya, hendaklah mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan yang didudukinya sebaik sahaja rumah yang didirikan atau dibelinya itu telah siap dan selamat untuk diduduki; dan d) tempoh mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan tersebut adalah 45 hari daripada tarikh rumah tersebut siap dan selamat untuk diduduki. Tempoh 45 hari adalah mulai dari tarikh Sijil Layak Menduduki (CF) dan kunci rumah diterima oleh pegawai. Sekiranya pegawai masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan selepas tempoh 45 hari tersebut, pegawai akan dikenakan dua kali ganda Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK) yang ditetapkan oleh Kerajaan. 4. Peraturan pengosongan Rumah Kerajaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang akan bersara adalah seperti berikut: a) pegawai Perkhidmatan Awam yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan mestilah mengosongkan rumah tersebut di hari akhir bekerja sebelum bersara melainkan jika kebenaran diberi oleh Pegawai Perumahan dalam keadaankeadaan tertentu sahaja untuk terus menduduki rumah tersebut selama tidak lebih daripada 30 hari lagi; dan b) Ketua Jabatan dipertanggungjawabkan untuk melaporkan nama, jawatan dan tarikh persaraan seseorang pegawai di bawah pentadbiran jabatannya yang mendiami Rumah Kerajaan kepada Pegawai Perumahan tiga (3) bulan sebelum persaraan pegawai tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy