Kemudahan Cuti

58  CERAIAN SR.5.3.4 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menambah baik peraturan berkaitan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. LATAR BELAKANG 2. Pelaksanaan kelayakan Cuti Tanpa Rekod sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai telah diperuntukkan melalui Surat Edaran JPA.SARAAN(S)43/35 Jld.6(13): Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai bertarikh 16 Mei 2017. PELAKSANAAN 3. Pegawai seperti berikut boleh dibenarkan mengambil Cuti Tanpa Rekod satu (1) hari untuk menyambut Pesta Kaamatan pada 30 Mei atau 31 Mei setiap tahun: (i) pegawai kelahiran Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau (ii) pegawai berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau (iii) pegawai berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan dan berkhidmat di Sarawak. 4. Pegawai seperti berikut boleh dibenarkan mengambil Cuti Tanpa Rekod satu (1) hari untuk menyambut Hari Gawai pada 1 Jun atau 2 Jun setiap tahun: (i) pegawai kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau (ii) pegawai berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau (iii) pegawai berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai dan berkhidmat di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy