Kemudahan Cuti

55  CERAIAN SR.5.3.3 KEMUDAHAN CUTI KEAGAMAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan bagi kemudahan Cuti Keagamaan yang merupakan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang bukan beragama Islam mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan. LATAR BELAKANG 2. Mulai 1 Januari 2018, Kerajaan telah memperuntukkan cuti tanpa rekod sebanyak tujuh (7) hari, iaitu sekali sepanjang tempoh perkhidmatan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang beragama Islam bagi maksud menunaikan umrah di Mekah dan ziarah di Madinah. 3. Berikutan itu, selaras dengan keprihatinan Kerajaan kepada kepelbagaian agama di kalangan pegawai perkhidmatan awam, Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan kemudahan cuti tanpa rekod sebanyak tujuh (7) hari kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang bukan beragama Islam untuk mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan mengikut agama dan kepercayaan masing-masing. PELAKSANAAN 4. Pelaksanaan kemudahan Cuti Keagamaan ini adalah seperti yang berikut: (a) Bagi tujuan mengunjungi dan melaksanakanaktiviti keagamaan di tempattempat keagamaan dalam dan luar negara mengikut agama dan kepercayaan masing-masing; (b) Merupakan cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang bukan beragama Islam dan dilantik secara tetap;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy