Kemudahan Cuti

53  CERAIAN SR.5.3.2 KEMUDAHAN CUTI UMRAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Umrah yang merupakan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang beragama Islam menunaikan ibadah umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan. LATAR BELAKANG 2. Pelaksanaan kemudahan Cuti Umrah telah diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017: Kemudahan Cuti Umrah. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan kemudahan Cuti Umrah adalah seperti yang berikut: (a) Bagi maksud menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah; (b) Diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang beragama Islam dan bertaraf tetap; (c) Tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari; (d) Tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am; (e) Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah. Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy