Kemudahan Cuti

48  CERAIAN SR.5.2.5 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD KURSUS SAMBILAN KEPADA PEGAWAI YANG MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SAMBILAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara adalah diperuntukkan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2009. PELAKSANAAN 3. Pegawai boleh dipertimbangkan kemudahan cuti tanpa rekod tertakluk kepada garis panduan seperti berikut: (i) tempoh cuti tanpa rekod yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan adalah mengikut tempoh sebenar kursus intensif dengan syarat ianya tidak melebihi 30 hari dalam satu tahun pengajian; (ii) tempoh maksimum cuti tanpa rekod bagi setiap permohonan boleh dihadkan oleh Ketua Jabatan bagi memastikan tugas hakiki pegawai tidak terganggu; (iii) sekiranya pegawai telah mengambil tempoh maksimum cuti tanpa rekod dan masih memerlukan cuti tambahan, pegawai perlulah menggunakan baki cuti rehat yang masih ada ataupun memohon Cuti Tanpa Gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut; (iv) sekiranya kursus intensif jatuh pada hari cuti umum, maka pegawai tidak boleh menuntut cuti tanpa rekod sebagai gantian pada hari tersebut; dan (v) kemudahan cuti tanpa rekod ini tidak meliputi hari perjalanan pergi dan balik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy