Kemudahan Cuti

34  CERAIAN SR.5.2.1 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat kepada pegawai perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat diperuntukkan untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan ahli keluarga terdekat. Kemudahan cuti tanpa rekod ini diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2015: Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat. PELAKSANAAN Tafsiran 3. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: ‘ahli keluarga terdekat’ bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat1, bapa kandung atau bapa angkat2, ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara adik-beradik, nenek dan datuk kepada pegawai. ‘anak angkat’ bermaksud seseorang anak yang telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula3. ‘anak angkat de facto’ bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai anaknya di bawah sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua (2) tahun yang berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh permohonan tersebut di bawah seksyen 6, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253]. 1 ibu angkat yang sah di sisi undang-undang. 2 bapa angkat yang sah di sisi undang-undang. 3 sebagaimana yang ditafsirkan di bawah seksyen 2 Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257].

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy