Kemudahan Cuti

1-2  SIMULASI KELAYAKAN CUTI PEGAWAI YANG BERTUKAR JENIS CUTI Contoh 1: Encik Aiman merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai pentadbir pada 1 Januari 2018. Beliau telah diarahkan bertukar ke sekolah sebagai guru berkuat kuasa pada 1 Mei 2018 dan diperuntukkan Cuti Rehat Khas (CRK) menggantikan Cuti Rehat Tahunan (CRT) yang diterimanya semasa bertugas di PPD. Beliau telah menggunakan CRT sebanyak 6 hari dan CRK sebanyak 4 hari sepanjang tahun 2018. (Andaian kelayakan CRK dan CRT pegawai masing-masing adalah 10 hari setahun dan 25 hari setahun) Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut: Tarikh Tempat Bertugas Keterangan Kelayakan Cuti (Hari) CRK CRT 1.1.18 - 30.4.18 (120 hari) PPD Kelayakan CRT 2018 - 8 CRT diambil - -6 Baki CRT pada 30.4.18 - 2 1.5.18 - 31.12.18 (245 hari) Sekolah Kelayakan CRK 2018 7 - CRK diambil -4 - Baki CRK pada 31.12.18 3 - Apabila pegawai berpindah dari PPD ke sekolah: (i) Baki CRT (2 hari) tidak boleh digunakan di tempat bertugas yang baharu. CRT yang boleh dikumpul untuk tujuan GRC adalah separuh dari kelayakan CRT pada tahun tersebut. (ii) Pegawai layak diberikan kemudahan CRK pada kadar prorate iaitu 7 hari semasa bertugas sebagai guru di sekolah. CRK yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah mengikut baki kelayakan CRK pada tahun tersebut. CRK tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. PPD Sekolah CRK = hari bertugas/365 x kelayakan CRK = 245/365 x 10 hari = 6.71 ≈ 7 hari CRT = hari bertugas/365 x kelayakan CRT = 120/365 x 25 hari = 8.21 ≈ 8 hari 1.1.2018 1.5.2018 31.12.2018

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy