Kemudahan Cuti

29  SR.5.1.5 18. Pegawai yang tidak layak GCR adalah seperti berikut: i. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang meletak jawatan; ii. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dibuang kerja; iii. Guru Sandaran/Guru Interim; dan iv. Guru Kontrak. Tindakan Ketua Jabatan 19. Bagi melaksanakan urusan kemudahan Cuti Rehat Khas dan pengumpulannya untuk tujuan GCR, Ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan berikut: i. memastikan Cuti Rehat Khas yang diambil, direkod dan dikemas kini di dalam Buku Rekod Perkhidmatan; dan ii. mengesah dan merekodkan baki Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi tujuan GCR ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan pada setiap akhir tahun. 20. Bagi urusan persaraan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Ketua Jabatan hendaklah menguruskan permohonan GCR mengikut ketetapan Ceraian yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. 21. Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pencen) berhak membetulkan apa-apa kesilapan perihal Cuti Rehat Khas bagi tujuan GCR bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepanjang tempoh perkhidmatannya bagi tujuan persaraan. PEMBATALAN 21. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017: Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy