Kemudahan Cuti

14  CERAIAN SR.5.1.3 KEMUDAHAN CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Tanpa Gaji (CTG) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan CTG untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah diperuntukkan melalui Perintah Am 14 dan 52 Bab C (Cuti) dan Perenggan 4, Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991. PELAKSANAAN 3. Kemudahan CTG diberikan atas sebab-sebab persendirian yang mustahak dan tertakluk kepada kadar maksimum 360 hari sepanjang perkhidmatan. Pegawai yang memohon CTG perlu mempunyai perkhidmatan yang melayakkan, iaitu satu tahun perkhidmatan melayakkan 30 hari tempoh CTG. 4. Pegawai yang ingin menggunakan kemudahan ini perlu mempunyai sekurang- kurangnya enam (6) bulan perkhidmatan dan telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan. 5. Kelulusan CTG perlu dikemukakan untuk pertimbangan Ketua Jabatan. Tanggungjawab Ketua Jabatan 6. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan CTG dalam rekod perkhidmatan pegawai. PEMBATALAN 7. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Perenggan 4 Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Cuti Tanpa Gaji adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy