Kemudahan Cuti

8  SR.5.1.1 Tafsiran 6. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: ‘Cuti Rehat’ bermaksud cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember di bawah Perintah Am 1 (ii) Bab C (Cuti) Tahun 1974; ‘Ketua Jabatan’ bermaksud Ketua Setiausaha kepada Kementerian, Ketua Jabatan atau Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan di bawah Perintah Am 1 (iv) Bab C (Cuti) Tahun 1974 termasuk Ketua Pejabat Tempatan, yayasan atau cawangan kecil yang telah diberi kuasa oleh Ketua Jabatannya untuk meluluskan cuti bagi sebarang kumpulan pegawai di stesennya seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Am 5(b) Bab C (Cuti) Tahun 1974, termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan cuti; ‘Jawatan lain’ bermaksud jawatan yang mana lantikan pegawai adalah melalui kaedah pertukaran pelantikan, pertukaran tetap, atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)/Peningkatan Secara Lantikan (PSL), lantikan terus (lateral entry) atau lantikan ke jawatan baharu; ‘Lantikan terus atau lantikan ke jawatan baharu’ bermaksud pelantikan: a) dalam Pihak Berkuasa Melantik yang sama di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan; atau b) daripada satu Pihak Berkuasa Melantik di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Melantik yang lain di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan. ‘Peningkatan Secara Lantikan (PSL)’ bermaksud suatu urusan pelantikan pegawai daripada skim perkhidmatan yang rendah kepada skim perkhidmatan yang lebih tinggi secara pelantikan baharu yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Melantik, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan. PSL adalah satu proses lantikan biasa dan bukannya kenaikan pangkat. Istilah PSL digunakan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013 menggantikan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Bagi maksud Ceraian ini, kadar kelayakan Cuti

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy