Kemudahan Cuti

 5 CERAIAN SR.5.1.1 KADAR CUTI REHAT TAHUNAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini menerangkan kadar kemudahan Cuti Rehat tahunan bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Adalah menjadi tujuan Kerajaan di bawah Perintah Am Bab C (Cuti) bahawa cuti rehat diambil pada tiap-tiap tahun oleh pegawai-pegawai untuk tujuan kecekapan dan untuk pegawai-pegawai itu sendiri. 3. Kadar kemudahan Cuti Rehat tahunan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang ditetapkan melalui Perintah Am Bab C (Cuti) telah melalui beberapa proses pindaan yang diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (PP Bil. 4/2002), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2005 (PP Bil. 20/2005), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008 (PP Bil. 14/2008) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2015 (PP Bil. 11/2015). PELAKSANAAN Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan 4. Kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan secara prinsipnya ditentukan berdasarkan tarikh lantikan seperti yang berikut: i. bagi pegawai yang dilantik sebelum 1 September 2005 dan menolak opsyen perubahan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan seperti yang ditawarkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008 (PP Bil. 14/2008), kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan ditetapkan mengikut peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (PP Bil. 4/2002) adalah seperti dalam Jadual 1 yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy