Kemudahan Cuti

 101 CERAIAN SR.5.5.6 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DIPILIH UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM LAWATAN KEBUDAYAAN DI LUAR NEGERI TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam lawatan kebudayaan di luar negeri. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam lawatan kebudayaan di luar negeri anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1964: Leave To Officers Selected To Participate In Cultural Tours And Oratorical Contests, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 1966: Chuti Bagi Pegawai2 Yang Di-Pileh Untok Mengambil Bahagian Dalam Lawatan Kebudayaan dan Pertandingan Bulan Bahasa Kebangsaan, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan. PELAKSANAAN 3. Kemudahan cuti tanpa rekod ini diberikan seperti berikut: (i) Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dipilih untuk mengambil bahagian dalam lawatan kebudayaan di luar negeri anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau mana-mana agensi yang ditetapkan oleh Kerajaan; (ii) selama tempoh yang diperlukan bagi lawatan kebudayaan tersebut; dan (iii) boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy