Kemudahan Cuti

 99 CERAIAN SR.5.5.5 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENYERTAI MUSABAQAH AL-QURAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menyertai Musabaqah Al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai peserta atau pembimbing. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan menyertai Musabaqah Al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa adalah diperuntukkan melalui Surat Edaran JPA.SARAAN(S) 43/35 Jld 7 (12) bertarikh 9 Mac 2018: Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menyertai Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. PELAKSANAAN 3. Kemudahan cuti tanpa rekod ini diberikan seperti berikut: (i) tidak melebihi 30 hari setahun bagi menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa; (ii) diberikan bagi masa yang diperlukan untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam majlis berkenaan, termasuk perjalanan pergi dan balik ke tempat penganjuran, sesi pendaftaran, taklimat, undian dan tahsin (latihan intensif); (iii) boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan; (iv) hendaklah dicatatkan dalam Rekod Perkhidmatan Pegawai; dan (v) sekiranya cuti tanpa rekod bagi menyertai Musabaqah Al-Quran tersebut tidak mencukupi, pegawai hendaklah menggunakan cuti rehat mengikut kelayakannya tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy