Kemudahan Cuti

 97 CERAIAN SR.5.5.4 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DILANTIK SEBAGAI JURULATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik sebagai jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). LATAR BELAKANG 2. Kemudahan cuti tanpa rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik sebagai jurulatih PLKN adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2004: Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Untuk Anggota Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara. PELAKSANAAN 3. Pegawai Perkhidmatan Awam yang dikehendaki hadir PLKN sebagai jurulatih boleh diluluskan cuti tanpa rekod bagi tempoh berikut: (i) mengikuti kursus untuk jurulatih; dan (ii) menjalankan tugas sebagai jurulatih. 4. Tempoh cuti tanpa rekod yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan bagi tujuan di atas hendaklah diberikan mengikut tempoh sebenar program dengan tambahan sehari sebelum dan sehari selepas bagi maksud perjalanan jika diperlukan. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2004: Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Untuk Anggota Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy