Kemudahan Cuti

xv Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 5. SR.5.1.5 (1 Sep. 2022) Pindaan 1: Versi lama Ceraian SR.5.1.5 dibatalkan Dipinda kepada: Versi baharu Ceraian SR.5.1.5 (Rujuk Surat Edaran JPA.SARAAN(S)63/51/8JLD.4 (17) bertarikh 5 September 2022 kepada Kementerian Pendidikan Malaysia) 6. SR.5.2.1 (5 Sep. 2022) Pindaan 1: TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat. Dipinda kepada 1. Ceraian ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat kepada pegawai perkhidmatan awam. Pindaan 2: Tafsiran 3. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: ‘ahli keluarga terdekat’ bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat1, bapa kandung atau bapa angkat2, ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara. 3. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: ‘ahli keluarga terdekat’ bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat1, bapa kandung atau bapa angkat2, ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto, anak pelihara, adik-beradik, nenek dan datuk kepada pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy