Kemudahan Cuti

 95 CERAIAN SR.5.5.3 KEMUDAHAN CUTI MENGHADIRI AKTIVITI PERTUBUHAN/PERSATUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi menghadiri pertubuhan/persatuan bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Perintah Am 42(a) Bab C (Cuti) telah memperuntukkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan yang telah ditetapkan dan diisytihar oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. 3. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991, kemudahan ini diperluaskan aktivitinya iaitu untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luar biasa, khemah latihan tahunan, seminar dan aktiviti-aktiviti sukan anjuran pertubuhan/persatuan berkaitan di Malaysia sahaja. Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada aktiviti-aktiviti serupa anjuran Persatuan Kebajikan dan Sukan di Jabatan-jabatan Kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PELAKSANAAN 4. Pelaksanaan kemudahan ini adalah seperti yang berikut: (a) Diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat agung luar biasa, latihan atau khemah tahunan, seminar dan aktiviti-aktiviti sukan di Malaysia anjuran pertubuhan/persatuan termasuk Persatuan Kebajikan dan Sukan di Jabatan-jabatan Kerajaan, yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; (b) Pegawai hendaklah menjadi ahli pertubuhan/persatuan yang telah diiktiraf oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tersebut; (c) Diberikan sebanyak 14 hari setahun dan tambahan dua (2) hari perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti berkenaan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy