Kemudahan Cuti

 93 CERAIAN SR.5.5.2 KEMUDAHAN CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi menghadiri Latihan Pasukan Sukarela kepada pegawai Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Latihan Pasukan Sukarela bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah diperuntukkan melalui Perintah Am 41 Bab C (Cuti). 3. Perkara 6, Lampiran A, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985 mengenai Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada KetuaKetua Setiausaha Kementerian telah menurunkan kuasa melulus bagi Cuti Tanpa Rekod ini yang melebihi 32 hari daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Ketua Setiausaha. PELAKSANAAN 4. Pelaksanaan kemudahan Cuti Latihan Pasukan Sukarela adalah seperti yang berikut: (a) Diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menjadi ahli Pasukan Sukarela adalah seperti di Lampiran SR.5.5.2 dan pindaannya yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; (b) Diberikan sebanyak 30 hari setahun dan tambahan dua (2) hari perjalanan pergi dan balik ke latihan atau khemah tahunan; dan (c) Sebarang cuti lagi yang diperlukan lebih daripada 32 hari hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha berdasarkan perwakilan kuasa yang diberikan kepadanya melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985 atau pindaannya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy