Kemudahan Cuti

 79 CERAIAN SR.5.4.5 PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan Cuti Sakit. LATAR BELAKANG 2. Perintah Am 15 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh menggunakan budi bicaranya untuk menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta bagi tujuan meluluskan cuti sakit. Peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit swasta tersebut telah diperjelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006: Pindaan Peraturan Berkaitan Penerimaan Sijil Sakit Swasta Untuk Tujuan Meluluskan Kemudahan Cuti Sakit. PELAKSANAAN 3. Kemudahan Cuti Sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut: a) bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa tandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah Cuti Sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar; atau b) bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa tandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah Cuti Sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar; dan c) jumlah Cuti Sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit Kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy