Kemudahan Cuti

 77 SR.5.4.4 (c) permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan berserta perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan seperti di Lampiran SR.5.4.4(B). Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan Di Bawah Penjagaan Sementara 11. Mana-mana pegawai yang diberikan hak penjagaan selain anak yang dinyatakan di perenggan 8 (a) hingga (e) di atas semasa ketiadaan ibu bapa atas apa-apa jua sebab untuk suatu tempoh berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, jika anak itu perlu dikuarantin semasa dalam tempoh penjagaan pegawai itu, pegawai boleh diberikan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di atas. Tanggungjawab Ketua Jabatan 12. Ketua Jabatan hendaklah memastikan kemudahan ini diberikan mengikut tempoh yang boleh diluluskan terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi memenuhi keperluan pegawai itu dalam menguruskan apa-apa perkara yang berhubung peraturan di atas. 13. Bagi permohonan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan di bawah perenggan 11, kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 14. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan pegawai dalam Rekod Perkhidmatan Kerajaan. PENGECUALIAN 15. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah mendapat pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 16. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016: Kemudahan Cuti Kuarantin adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy