Kemudahan Cuti

 70 CERAIAN SR.5.4.2 KEMUDAHAN CUTI ISTERI BERSALIN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Isteri Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Pemberian kemudahan Cuti Isteri Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam adalah seperti diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2002: Kemudahan Cuti Isteri Bersalin. PELAKSANAAN 3. Kemudahan Cuti Isteri Bersalin hendaklah dilaksanakan seperti berikut: a. kemudahan ini boleh diberi selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod, kepada pegawai Perkhidmatan Awam lelaki untuk membantu urusan ketika isterinya bersalin; b. cuti ini hendaklah bermula pada tarikh isteri pegawai bersalin atau pada hari berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat; c. tempoh cuti ini termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am. Bagi maksud Ceraian ini, masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. d. kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan; e. kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan Ketua Jabatan boleh memanggil balik pegawai jika ketiadaan pegawai di tempat kerja boleh memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan awam; dan f. kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam rekod perkhidmatan pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy