Kemudahan Cuti

63  CERAIAN SR.5.3.7 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN GOOD FRIDAY BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENGANUT AGAMA KRISTIAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan kemudahan cuti tanpa rekod perayaan Good Friday. LATAR BELAKANG 2. Perayaan Good Friday adalah salah satu daripada hari yang dirayakan oleh penganut agama Kristian. Kelayakan cuti tanpa rekod Perayaan Good Friday kepada pegawai Perkhidmatan Awam beragama Kristian telah diperuntukkan melalui Surat Edaran JPA.SARAAN(S) 43/35 Jld.9 (13) bertarikh 17 April 2019: Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Kristian. PELAKSANAAN 3. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menganut agama Kristian diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu (1) hari sempena perayaan Good Friday kecuali bagi Pegawai Perkhidmatan Awam di negeri-negeri yang perayaan Good Friday adalah merupakan hari kelepasan am. PEMBATALAN 4. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Edaran JPA.SARAAN(S) 43/35 Jld.9(13) bertarikh 17 April 2019: Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Kristian adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy