Nilai Taraf

 1 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri Semua Pihak Berkuasa Tempatan _____________________________________________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ NILAI TARAF KELAYAKAN BAGI PELANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN AWAM VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai senarai kelayakan yang diiktiraf dan penetapan nilai taraf bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Bagi memastikan Kerajaan mendapat modal insan terbaik dan berkualiti, bagi tujuan pengisian kekosongan jawatan dalam pelbagai skim perkhidmatan dalam perkhidmatan awam, Kerajaan telah menyenaraikan institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara serta kelayakan yang diiktiraf. Di samping itu turut ditetapkan gaji masuk yang bersesuaian dengan kelayakan diperoleh oleh seseorang pegawai. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy