Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 2 3. Selaras dengan aspirasi negara yang antara lainnya bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja termasuk pegawai awam yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam ditambah baik melalui DPSM. Hasrat utama DPSM ialah membangunkan kompetensi dalam kalangan pegawai awam supaya dapat memenuhi keperluan semasa serta bersedia menghadapi cabaran akan datang. Di bawah DPSM, pembangunan kompetensi diperluaskan dengan menggunakan pendekatan Model Pembangunan 3P iaitu Pendidikan, Pendedahan dan Pengalaman. TAFSIRAN 4. Bagi maksud Pekeliling Perkhidmatan ini; “Deskripsi Tugas” ertinya dokumen yang menjelaskan tujuan pewujudan sesuatu jawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan; “Jabatan” ertinya sesuatu Kementerian, Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri, atau daerah dalam Persekutuan, di luar negara dan mana-mana entiti lain dalam Perkhidmatan Awam yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “Kamus Kompetensi” ertinya senarai takrifan kriteria, elemen dan tahap yang perlu dikuasai oleh seseorang pegawai mengikut tahap kompetensi yang telah ditetapkan; “Kemajuan Kerjaya” ertinya peluang pembangunan dan peningkatan kerjaya yang ditetapkan mengikut sesuatu skim perkhidmatan; “Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya. “Ketua Perkhidmatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai Ketua Perkhidmatan; “Kompeten” ertinya mempunyai tingkah laku, kemahiran, pengetahuan dan kebolehan untuk melakukan sesuatu dengan cekap atau dengan jayanya; “Kompetensi” ertinya set tingkah laku, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy