Dasar Pembangunan Sumber Manusia

ii Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 1. S.M.1.1.1 dan SM.1.1.2 (2 Mac 2022) Ceraian SM.1.1.1 dan Ceraian SM1.1.2 Ditangguhkan sehingga 31 Disember 2022 selaras dengan arahan Surat Edaran JPA.(S).6001/3/31(26) bertarikh 2 Mac 2022 mengenai Penangguhan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (DPSM). Perancangan latihan boleh diteruskan berdasarkan: (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam; dan (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005: Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. 2. S.M.1.1.1 dan SM.1.1.2 (2 Februari 2023) Ceraian SM.1.1.1 dan Ceraian SM1.1.2 Ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak selaras dengan arahan Surat Edaran JPA.(S).6001/3/31(29) bertarikh 2 Februari 2023 mengenai Penangguhan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (DPSM).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy