Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 7 SM.1.1.1 (a) Autentik (Authentic) Kemampuan membina sahsiah unggul melalui jalinan perhubungan yang jujur dan menggalakkan keterbukaan. (b) Tangkas dan Adaptif (Agile and Adaptive) Keupayaan untuk mendepani persekitaran yang mencabar. (c) Strategik (Strategic) Kebolehan untuk berfikir, bertindak dan mempengaruhi orang lain untuk kejayaan yang berkekalan bagi organisasi. (d) Keterampilan Eksekutif (Executive Presence) Keupayaan untuk mempamerkan kewibawaan dan keyakinan, tenang menghadapi tekanan dan tegas. (e) Transformatif (Transformative) Berupaya untuk mencetus perubahan besar dalam pemikiran khalayak yang menjurus kepada perubahan tingkah laku untuk mencapai keberhasilan luar biasa. 5. Penjelasan mengenai tahap kompetensi berasaskan Kerangka Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Awam (KKPA) mengikut gred pegawai adalah seperti di Lampiran SM.1.1.1. 6. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi perlu memiliki tahap yang baik dalam lima (5) atribut kompetensi kepimpinan berdasarkan Kerangka Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Awam (KKPA). Manakala bagi Kumpulan Pelaksana, Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan adalah digalakkan untuk membangunkan program pembangunan yang juga berdasarkan lima (5) atribut tersebut. KOMPETENSI FUNGSIAN BERDASARKAN DESKRIPSI TUGAS 7. Kompetensi Fungsian perlu dibangunkan bagi memastikan pegawai dapat melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada deskripsi tugas (job description). Sehubungan itu, Kamus Kompetensi Fungsian bagi setiap skim perkhidmatan perlu dibangunkan oleh Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia di Kementerian/Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy