Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 LAMPIRAN I 1-1 Keanggotaan dan Tanggungjawab Majlis Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (MPSM) 1. Majlis Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (MPSM) ditubuhkan untuk: (a) menilai dan menetapkan dasar-dasar pembangunan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam; (b) memantau pelaksanaan dan keberkesanan DPSM; (c) menetapkan syarat kelayakan pegawai untuk hadir ke Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya (di PPP Kementerian atau PPP Berpusat); dan (d) mengiktiraf dan memantau pembangunan bakat terbaik di bawah program kelompok bakat (Talent Pool) Perkhidmatan Awam. 2. Keanggotaan MPSM adalah seperti di Jadual 1. Jadual 1: Keanggotaan Majlis Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (MPSM) Jawatan Keanggotaan Pengerusi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Ahli-Ahli Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Perkhidmatan terpilih (MPSM boleh menambah ahlinya atau mengundang mana- mana pegawai awam atau swasta yang difikirkan sesuai yang dapat mengukuhkan tadbir urus DPSM jika perlu) Urus Setia Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy