Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 40 TAHAP TERMA KETERANGAN 3 Sederhana Mempamerkan potensi pemikiran, kepimpinan, komunikasi dan tindakan secara konsisten. 4 Baik Mempamerkan potensi pemikiran, kepimpinan, komunikasi dan tindakan secara sangat konsisten. 5 Cemerlang Mempamerkan potensi pemikiran, kepimpinan, komunikasi dan tindakan secara melebihi jangkaan. 15. Empat dimensi komponen utama penilaian iaitu Think, Lead, Speak dan Act (TLSA) adalah komponen wajib yang perlu dikekalkan. Walau bagaimanapun, setiap domain boleh disesuaikan mengikut kehendak dan tuntutan organisasi atau keperluan peranan tertentu tanpa menjejaskan prinsip asas penilaian potensi. KAEDAH PENILAIAN MyPOTENSI 16. Secara umumnya, kaedah penilaian MyPotensi adalah tertakluk kepada kesesuaian yang ditentukan oleh ketua perkhidmatan/ ketua jabatan. Antara kaedah yang boleh dilaksanakan adalah seperti yang berikut: (i) Penilaian Berasaskan Pemerhatian (Borang Penilaian) Ketua perkhidmatan/ ketua jabatan boleh melaksanakan penilaian kepada pegawai menggunakan kaedah seperti yang berikut: (a) pemilihan pegawai yang memperoleh markah penilaian prestasi 90% dan ke atas setiap tahun bagi tiga (3) tahun terkini; (b) melaksanakan penilaian potensi kepimpinan atau kepakaran berdasarkan tingkah laku sebenar dan interaksi harian pegawai dengan menggunakan Borang Pemerhatian Penilaian Potensi Kepimpinan ( Lampiran SM.1.1.2(B1) ) atau Borang Pemerhatian Penilaian Potensi Kepakaran ( Lampiran SM.1.1.2(B2) ) . Sekiranya domain potensi lain diwujudkan, maka borang ini boleh dipinda mengikut kesesuaian. (c) memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan/ ketua jabatan dari semasa ke semasa; dan (d) mengadakan sesi perbincangan dengan pegawai bagi merancang keperluan pembangunan potensi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy