Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam
23 (d) Kursus yang Dibiayai oleh Badan Asing Menyediakan apa-apa kursus yang ditawarkan dan dibiayai oleh pihak asing / Badan Antarabangsa, melainkan yang berkaitan dengan sesuatu projek atau program kerjasama yang dikendalikan oleh jabatan masing-masing, hendaklah melalui Kementerian Luar Negeri (sebagai saluran rasmi) sebelum dikemukakan kepada JPA. (iii) Panel Pembangunan Sumber Manusia (a) Panel Pembangunan Sumber Manusia di kementerian masing- masing hendaklah memantau perancangan dan pelaksanaan pembangunan kompetensi secara berpusat; (b) meluluskan Pelan Pembangunan Kompetensi tahunan; (c) memastikan analisis jurang kompetensi dan analisis penentuan pendekatan pembangunan kompetensi dilaksanakan; (d) memperakukan pegawai bagi pemilihan kursus jangka panjang, sederhana dan pendek yang dianjurkan oleh JPA; dan (e) memastikan ILA melaksanakan program pembangunan kompetensi untuk pegawai berdasarkan fungsi jabatan. (iv) Ketua Perkhidmatan (a) memastikan kamus kompetensi tersedia bagi setiap skim perkhidmatan berdasarkan gred jawatan; (b) merancang keperluan pembangunan kompetensi pegawai dalam skim-skim perkhidmatan di bawah tanggungjawab berdasarkan analisis jurang kompetensi dan analisis pendekatan pembangunan kompetensi yang dilaksanakan oleh ketua jabatan; (c) menyediakan Pelan Pembangunan Kompetensi berdasarkan keperluan jawatan di dalam atau luar jabatan; dan (d) memperkukuh sinergi strategik dengan ketua jabatan dalam pembangunan kompetensi pegawai kader/ gunasama.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy