Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 15 Jadual 1: Panduan Asas Penilaian Kompetensi Generik KOMPONEN KOMPETENSI GENERIK DOMAIN KOMPETENSI GENERIK Keupayaan Pemikiran ( T hink) (i) Keupayaan Menyelesaikan Masalah (ii) Kematangan Idea (iii) Pemikiran Kreatif Dan Inovatif Keupayaan Kepimpinan ( L ead) (i) Penyeliaan Dan Bimbingan (ii) Akauntabiliti Dan Standard Keupayaan Komunikasi ( S peak) (i) Penguasaan Bahasa (ii) Komunikasi Berkesan (iii) Pemudahcara Analitikal Keupayaan Tindakan ( A ct) (i) Ketenangan Dan Keupayaan Mengawal Diri (ii) Fokus Dan Kecekalan (iii) Kesegeraan Dalam Tindakan 9. Skala penguasaan bagi kompetensi generik adalah seperti dalam Jadual 2. Jadual 2: Skala Penguasaan Kompetensi Generik TAHAP TERMA KETERANGAN 1 Rendah Penguasaan kompetensi secara terbatas, memahami sesuatu konsep atau arahan secara minimal dan memerlukan bimbingan yang intensif. 2 Sederhana Rendah Penguasaan kompetensi secara asas dan memerlukan bimbingan dan arahan berterusan untuk melaksanakan tugas. 3 Sederhana Penguasaan kompetensi yang sederhana. Mampu melaksanakan tugas dengan penyeliaan yang minimum dan mampu mengelola situasi biasa. 4 Sederhana Tinggi Penguasaan kompetensi yang baik. Memiliki kefahaman secara mendalam, mampu menyesuaikan tindakan dalam pelbagai konteks. 5 Tinggi Penguasaan kompetensi secara mendalam dan mampu mengembangkan kompetensi dan membimbing orang lain. Menjadi rujukan ramai pihak.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy