Pencen

 1-52 19. Permohonan Pencen Tanggungan Di Bawah Seksyen 18 Akta 227 / Seksyen 20 Akta 239 19.1 Sekiranya anggota mati akibat menanggung bencana, mendapat kemalangan atau menghidap penyakit dalam keadaan seperti di Perenggan 18.1, atau mati dalam tempoh tujuh (7) tahun dari tarikh itu, orang tanggungannya layak diberi pencen tanggungan sebagai tambahan kepada ganjaran terbitan dan pencen terbitan. Pencen tanggungan hanya dibayar sekiranya orang tanggungan itu tidak díbayar apa-apa pampasan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952. Orang tanggungan yang layak ialah: (i) balu selagi tidak berkahwin semula; (ii) duda yang telah hilang upaya secara kekal sama ada otak atau jasmani dan tidak upaya menanggung nafkah dirinya pada masa kematian anggota perempuan tersebut; (iii) anak, tidak melebihi 6 orang dikira daripada yang tertua yang layak; (iv) ibu dalam tanggungan; dan (v) jika ibu kandung tiada, bapa kandung dalam tanggungan. 19.2 Kadar pencen tanggungan ialah seperti di Jadual 35. Jadual 35 Kadar Pencen Tanggungan Bil. Keterangan Balu Anak (tiap-tiap seorang) Ibu/bapa a. Jika layak dibayar kepada balu, anak dan ibu/bapa 1/6 x gaji 1/48 x gaji 1/12 x gaji b. Jika hanya layak dibayar kepada balu dan ibu/bapa sahaja 1/6 x gaji - 1/12 x gaji c. Jika hanya layak dibayar kepada anak dan ibu/bapa sahaja - 1/24 x gaji 1/6 x gaji d. Jika hanya layak dibayar kepada ibu/bapa sahaja - - 1/6 x gaji

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy