Pencen

 1-47 BAHAGIAN VI URUSAN PERMOHONAN FAEDAH TERBITAN DAN PENCEN TANGGUNGAN 18. Permohonan Faedah Terbitan 18.1 Kerana Kematian Anggota Dalam Perkhidmatan Di Bawah Seksyen 14 atau 25 Akta 227 / Seksyen 15 Akta 239 (i) Jika seseorang anggota mati semasa dalam perkhidmatan, faedah terbitan boleh diberi kepada orang tanggungan gemulah yang layak mengikut Seksyen l4 atau Seksyen 25 Akta 227 atau Seksyen 15 Akta 239. Ini termasuk orang tanggungan kepada anggota yang pernah dibersarakan di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239 yang mati sebelum layak menerima faedah persaraan. (ii) Faedah terbitan seperti di Jadual 32 boleh diberi kepada orang tanggungan yang layak di bawah Peraturan 15 PU(A) 176/80 (sekiranya anggota ialah pegawai perkhidmatan awam Persekutuan atau Negeri) atau Peraturan 13 PU(A) 134/90 (sekíranya anggota ialah pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan) atas kadar yang dihitung mengikut Peraturan 4, PU(A) l76/80 atau Peraturan 3, PU(A) 134/90. Jadual 32 Faedah Terbitan Kerana Kematian Anggota Dalam Perkhidmatan Faedah Persaraan Formula Pengiraan a. Pencen 1/600 x Jumlah genap bulan x Gaji Perkhidmatan perkhidmatan yang akhir boleh dimasuk kira Tertakluk kepada maksimum sebanyak 3/5 daripada gaji akhir tetapi:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy