Pencen

 1-41 Bil. Borang dan Dokumen g. Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti. h. Salinan Sijil Nikah/ Sijil Daftar Perkahwinan. i. Salinan Kad Pengenalan anggota dan suami/isteri. j. Salinan Sijil Kelahiran anak di bawah umur 21 tahun (tiada had umur bagi anak cacat). k. Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank. l. Surat permohonan persaraan pilihan daripada anggota (bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan atau pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan Sahaja). m. Surat kelulusan persaraan pilihan (bagi pegawai perkhidmatan awam negeri sahaja). 15. Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Awam Di Bawah Subseksyen 10(5)(b), 12 dan l2A Akta 227 atau Subseksyen 10(5)(b), 12 dan 13 Akta 239. Dengan kelulusan Kerajaan, anggota berpencen boleh dibersarakan apabila sesebuah agensi awam atau sebahagian daripadanya diswastakan. Persaraannya adalah berasaskan pilihan yang dibuat melalui opsyen yang ditawarkan, iaitu sama ada – 15.1 bersara kerana jawatan yang dipegang dihapuskan di bawah Perenggan 10(5)(b) Akta 227 / 239 sekiranya menolak tawaran berkhidmat dengan syarikat; atau 15.2 bersara pilihan di bawah Seksyen 12 Akta 227 / 239 sekiranya memenuhi syarat seperti Perenggan 15 dan menerima untuk bcrkhidmat dengan syarikat; atau 15.3 bersara setelah dilantik untuk berkhidmat dengan syarikat di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239 sekiranya berumur kurang daripada 45 tahun bagi perempuan atau 50 tahun bagi lelaki pada tarikh kuat kuasa penswastaan dan menerima tawaran untukberkhidmat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy