Pencen

 1-39 14. Persaraan Pilihan Di Bawah Seksyen 12 Akta 227 / 239 14.1 Anggota berpencen boleh memohon untuk bersara pilihan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: (i) berumur tidak kurang 40 tahun; (ii) mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan; (iii) bebas dari siasatan/ tindakan tatatertib; dan (iv) melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 14.2 Walau bagaimanapun, bagi melayakkan anggota menerima faedah persaraan mestilah memenuhi syarat-syarat di perenggan 15.1 dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tidak kurang daripada 10 tahun. 14.3 Ganjaran Perkhidmatan dan GCR layak dibayar pada tarikh persaraan manakala pencen perkhidmatan hanya akan dibayar pada umur layak menerimanya mengikut undang-undang pencen. 14.4 Faedah persaraan yang layak diberi ialah seperti di Jadual 25 dengan mengemukakan borang dan dokumen seperti di Jadual 26. Jadual 25 Faedah Persaraan Pilihan Faedah Persaraan Formula Pengiraan a. Pencen Perkhidmatan 1/600 x Jumlah x Gaji genap bulan akhir perkhidmatan yang boleh dimasuk kira Tertakluk kepada maksimum sebanyak 3/5 daripada gaji akhir tetapi tidak kurang daripada RM1,000 sebulan bagi tempoh perkhidmatan yang dimasuk kira 300 bulan atau lebih.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy