Pencen

 1-34 Bil. Borang dan Dokumen k. l. m. Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank. Laporan lengkap latar belakang kes. Surat representasi daripada anggota kepada Yang Di-Pertuan Agong, Pihak Berkuasa Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun atau tempatan, mengikut mana yang berkenaan. 13. Persaraan Di Atas Kehendak Kerajaan Di Bawah Seksyen 11 Akta 227 Atau Menteri Di Bawah Seksyen 11 Akta 239 13.1 Persaraan Atas Alasan Kepentingan Negara [Perenggan 11(a)(i)/ 11(b)(i) Akta 227 atau Subseksyen 11(a) Akta 239] Sekiranya dipersetujui oleh anggota yang berkenaan, beliau boleh dibersarakan atas alasan kepentingan negara dan layak diberi faedah persaraan seperti di Jadual 21 dengan mengemukakan borang dan dokumen seperti di Jadual 22. Jadual 21 Faedah Persaraan Atas Alasan Kepentingan Negara Faedah Persaraan Formula Pengiraan a. Pencen Perkhidmatan 1/600 x Jumlah x Gaji genap bulan akhir perkhidmatan yang boleh dimasuk kira Tertakluk kepada maksimum sebanyak 3/5 daripada gaji akhir tetapi tidak kurang daripada RM1,000 sebulan bagi tempoh perkhidmatan yang dimasukkira 300 bulan atau lebih.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy