Pencen

 1-20 BAHAGIAN V URUSAN PERSARAAN DAN PENCEN 12. Persaraan Paksa Di Bawah Seksyen 10 Akta 227 / 239 12.1 Persaraan Kerana Mencapai Umur 55/ 56/ 58/ 60 Tahun [Subseksyen l0(1), Akta 227 / 239] Anggota yang diberikan taraf berpencen akan bersara wajib apabila mencapai umur 55 tahun, 56 tahun, 58 tahun atau 60 tahun mengikut mana-mana opsyen yang telah mereka buat di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2001, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2008 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011. Namun begitu, jika seseorang anggota mencapai umur bersara paksa, dan sesuatu perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan ia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, maka perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui umur itu tetapi dikira cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperoleh. Faedah persaraan yang layak diberi ialah seperti di Jadual 8 dengan mengemukakan borang dan dokumen seperti di Jadual 9. Jadual 8 Faedah Persaraan Kerana Mencapai Umur Bersara Paksa Faedah Persaraan Formula Pengiraan a. Pencen Perkhidmatan 1/600 x Jumlah x Gaji genap bulan akhir perkhidmatan yang boleh dimasuk kira Tertakluk kepada maksimum sebanyak 3/5 daripada gaji akhir tetapi tidak kurang daripada RM1,000 sebulan bagi tempoh perkhidmatan 300 bulan atau lebih yang boleh dimasuk kira.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy