Pencen

 1-18 Jadual 6 Borang Dan Dokumen Urusan Pemberian Taraf Berpencen Bil. Borang dan Dokumen a. Borang JPA.BP.SPPP.B06 Perakuan Pemberian Taraf Berpencen (Bagi Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan). b. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini (lengkap dengan nama, nombor kad pengenalan, pengesahan jawatan dan opsyen pegawai). 10.3 Bagi anggota berpencen meletak jawatan dan dilantik semula ke jawatan baharu pada atau selepas 1 Januari 2012 oleh pihak berkuasa melantik yang berbeza, Jabatan Mengurus yang baharu hendaklah membuat caruman ke KWSP pada kadar yang ditetapkan. Jabatan Mengurus tersebut hendaklah mengemukakan dokumen seperti di Jadual 6 untuk perakuan PTB yang baru kepada anggota tersebut jika menolak Skim KWSP mengikut tempoh sepertimana di Jadual 1. 11. Percantuman Perkhidmatan Lepas (PPL) 11.1 PPL lepas ialah proses mengagregatkan tempoh perkhidmatan sekarang dengan tempoh perkhidmatan dahulu di agensi awam lain bagi membolehkan keseluruhan tempoh perkhidmatan tersebut dimasuk kira untuk tujuan pengiraan faedah di bawah undang-undang pencen. Tempoh perkhidmatan yang boleh dipertimbangkan untuk percantuman íalah seperti yang terkandung di dalam Peraturan 5, 6, 7 dan 8, PU(A) 176/80 bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri atau Peraturan 4, 5, 6 dan 7, PU(A) 134/90 bagi pekerja Pihak Berkuasa Bcrkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. 11.2 Anggota serta Ketua Jabatan hendaklah menguruskan tidak lewat tiga (3) bulan selepas diberikan taraf berpencen bagi jawatan kedua dan seterusnya. 11.3 Permohonan percantuman perkhidmatan lepas hendaklah dikemukakan kcpada JPA berserta borang dan dokumen seperti di Jadual 7.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy