Pencen

 1-6 BAHAGIAN III TANGGUNGJAWAB 5. Tanggungjawab Jabatan Mengurus 5.1 Mengemaskinikan Rekod dan Memaklumkan Perubahan Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menyelenggara rekod perkhidmatan seseorang anggota supaya rekod tersebut teratur dan kemaskini sehingga sehari sebelum anggota bersara. Penyelenggaraan dan pengemaskinian hendaklah selaras dengan peraturan dan arahan pentadbiran sedia ada, dengan diberi penumpuan kepada perkara yang memberi kesan kepada pengiraan faedah persaraan antaranya: (i) perubahan gaji; (ii) perubahan imbuhan tetap atau elaun, (iii) perubahan tempoh perkhidmatan; (iv) kenaikan pangkat; (v) cuti; dan (vi) prosiding jenayah atau tindakan tatatertib. 5.2 Menyediakan Borang dan Dokumen Yang Lengkap Jabatan Mengurus dikehendaki menyediakan borang dan dokumen yang lengkap sebelum permohonan persaraan atau permohonan faedah persaraan dikemukakan untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Borang dan dokumen yang dikehendaki ialah seperti di Bahagian IV hingga Bahagian VI Panduan ini mengikut kesesuaian jenis urusan, permohonan persaraan atau permohonan faedah. Kegagalan mengemukakan borang dan dokumen yang lengkap seperti yang dikehendaki akan menjejaskan permohonan tersebut. 5.3 Mengutip hutang Kerajaan Mengutip semua hutang-hutang Kerajaan bakal pesara selain daripada pinjaman perumahan dan caruman KWSP syer Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy