Pencen

 1-4 BAHAGIAN II PIHAK YANG LAYAK / TIDAK LAYAK DIBERI FAEDAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG PENCEN 3. Di bawah undang-undang pencen, persaraan boleh berlaku bagi anggota yang memilih atau berada di bawah skim berikut: 3.1 Skim Pencen (i) Pegawai perkhidmatan awam: (a) pegawai yang dilantik tetap sebelum 12.4.1991; atau (b) pegawai yang dilantik tetap pada atau selepas 12.4.1991 dan tidak memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Seksyen 6A Akta 227. (ii) Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan: (a) pekerja yang dilantik tetap sebelum 1.1.1976 yang memilih Skim Pencen; atau (b) pekerja yang dilantik tetap pada 1.1.1976 hingga 11.4.1991; atau (c) pekerja yang dilantik tetap pada atau selepas 12.4.1991 dan tidak memilih Skim KWSP di bawah Seksyen 6A Akta 239. 3.2 Skim Pencen Dan KWSP Pekerja berpencen yang berkhidmat dengan Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan yang mengamalkan sistem saraannya sendiri boleh memilih Skim Pencen Dan KWSP di bawah Seksyen 6E Akta 239. 3.3 Skim KWSP (i) Pegawai perkhidmatan awam: (a) pegawai yang dilantik tetap pada atau selepas 12.4.1991 yang memilih Skim KWSP di bawah Seksyen 6A Akta 227.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy