Pencen

 2 Skim ini juga bertujuan untuk memberi jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota yang telah bersara dari perkhidmatan Kerajaan selain pampasan kepada pegawai yang dikehendaki bersara atas sebab-sebab tertentu atau yang meninggal dunia. 3. Walau bagaimanapun, faedah persaraan bukan merupakan hak mutlak seseorang anggota setelah bersara. Tiada seorang anggota pun yang boleh mempunyai hak mutlak untuk mendapat pampasan bagi perkhidmatan yang lepas atau untuk mendapat apa-apa pencen, ganjaran atau lain-lain faedah di bawah Akta Pencen [(Seksyen 3(1), Akta 227 atau Akta 239]. 4. Seseorang anggota yang dilantik mulai 12 April 1991 berhak untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum disahkan dalam jawatannya. Apabila seseorang anggota telah memilih Skim KWSP, faedah-faedah persaraan yang diperuntukkan dalam Akta Pencen 1980 dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, mana yang berkenaan, tidak terpakai ke atas anggota tersebut. PELAKSANAAN 5. Persaraan Perkhidmatan Awam boleh dibahagikan mengikut tiga (3) perkara utama seperti dinyatakan dalam carta perkhidmatan dan rajah berikut: Kelayakan Faedah Persaraan Persaraan dan Pencen Pemberian Award Wang Tunai GCR Rajah 1: Persaraan Perkhidmatan Awam 6. Perincian mengenai pelaksanaan persaraan dan faedah-faedah persaraan diperjelaskan dalam Ceraian berikut: Pelantikan Pengesahan Pemberian Taraf Berpencen Persaraan/ Dikehendaki Bersara Kematian

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy