Pencen

 1-1 LAMPIRAN PP.1.3.1(A) KAEDAH PENGUMPULAN CUTI REHAT BAGI GCR 1. Pengumpulan Cuti Rehat Bagi GCR Berasaskan Kaedah Cuti Luput 1.1 Kaedah ini terpakai bagi mengumpul cuti rehat sebelum 1 Januari 1984 bagi GCR. 1.2 Cuti rehat yang boleh dikumpul bagi sesuatu tahun ialah baki cuti rehat di penghujung tahun yang melebihi kadar cuti rehat. Had pengumpulan bagi sesuatu tahun ialah 15 hari atau setengah daripada kadar cuti rehat yang layak tahun sebelumnya, mana yang kurang. 1.3 Contonhya, pada tahun 1978 seorang pegawai mempunyai cuti rehat sebanyak 40 hari (merangkumi kadar cuti rehat yang layak sebanyak 30 hari dan 10 hari lagi cuti rehat yang di bawa dari tahun lepas). Beliau mengambil 9 hari cuti rehat sepanjang tahun tahun itu, maka jumlah cuti rehat yang dikumpul bagi GCR pada penghujung tahun 1978 ialah 1 hari sahaja, iaitu [{40 hari tolak 9 hari} tolak 30 hari]. Pada tahun 1979 pula, beliau mempunyai cuti rehat sebanyak 60 hari (merangkumi kadar cuti rehat yang layak sebanyak 30 hari dan 30 hari lagi cuti rehat yang dibawa dari tahun lepas). Beliau mengambil 12 hari cuti rehat sepanjang tahun itu, maka jumlah cuti rehat yang dikumpul bagi GCR pada penghujung tahun 1979 ialah sebanyak 15 hari iaitu [{60 hari tolak 12 hari} tolak 30 hari = 18 hari tetapi terhad kepada 15 hari sahaja]. 1.4 Kaedah pengumpulan ini dijelaskan dalam Rajah A dan Jadual A yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy