Pencen

 54 CERAIAN PP.1.3.1 PEMBERIAN AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan peruntukan-peruntukan serta peraturanperaturan berkaitan dengan penghitungan ganjaran award wang tunai sebagai gantian kepada jumlah cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah menggalakkan supaya setiap pegawai awam menghabiskan semua cuti rehat tahunannya menurut kelayakan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, cuti rehat tahunan yang tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa adalah dibenarkan untuk dikumpul sebagai GCR. 3. GCR bagi pegawai berpencen perkhidmatan awam Persekutuan diperuntukkan di bawah peraturan 21 dan peraturan 21A, Peraturan-Peraturan Pencen 1980 [P.U. (A)176/1980], iaitu sebagai satu faedah persaraan di bawah Akta Pencen 1980 [Akta 227]. Prosedur yang sedang berkuat kuasa bagi urusan pemberian faedah ini kepada pegawai atau orang tanggungan yang layak dalam kes kematian pegawai semasa dalam perkhidmatan ialah seperti yang ditetapkan dalam Ceraian PP.1.2.1: Pengurusan Persaraan, Penamatan Perkhidmatan dan Pencen. PELAKSANAAN Syarat dan Kaedah Mengumpul Cuti Rehat Bagi GCR 4. Pengumpulan cuti rehat bagi GCR hanya boleh diberikan kepada pegawai-pegawai lantikan tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan pegawai-pegawai sementara dalam perkhidmatan awam Persekutuan. Pengumpulan GCR diperuntukkan di bawah mana-mana Perintah Am, Peraturan-Peraturan, Ceraian atau Ketetapan Khas yang terpakai bagi seseorang pegawai dari semasa ke semasa adalah tertakluk kepada:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy