Pencen

 48 CERAIAN PP.1.2.10 SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PESARA DAN BEKAS PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai peraturan dan kaedah pemberian Sijil Penghargaan kepada pesara, bekas pegawai awam dan waris pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. LATAR BELAKANG 2. Peraturan pemberian penghargaan kepada pegawai yang telah meninggalkan perkhidmatan telahpun dilaksanakan sejak berkuatkuasanya Arahan Perkhidmatan Tahun 1974. Penghargaan tersebut diberi dalam bentuk Sijil Penghargaan. PELAKSANAAN Definisi 3. Dalam Ceraian ini: Ketua Jabatan bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah kementerian atau jabatan di peringkat ibu pejabat; Waris bermaksud ahli keluarga terdekat kepada pegawai yang meninggal dunia seperti suami, isteri, anak, ibu atau bapa. Peraturan 4. Pegawai yang layak menerima Sijil Penghargaan ialah: (i) pegawai berpencen atau tidak berpencen yang bersara atau dibersarakan mengikut mana-mana peruntukan dalam Akta Pencen 1980 [Akta 227] kecuali persaraan di bawah Seksyen 10(5)(d) (atas kepentingan awam), Seksyen 10(5)(e) (kerana memperolehi kewarganegaraan negara lain) dan Seksyen 10(5)(f) (kerana membuat penyataan palsu); atau (ii) meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy