Pencen

xiii Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan Pindaan 6: PEMAKAIAN 17. Ceraian ini terpakai bagi semua pegawai yang layak dibayar faedah persaraan di bawah Akta Pencen 1980 [Akta 227] serta orang tanggungan yang layak dibayar faedah terbitan di bawah Akta yang sama. 18. Peraturan, syarat, kaedah pengumpulan, perkiraan dan prosedur permohonan GCR yang diperuntukkan dalam Ceraian PP.1.3.2: Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Kepada Pegawai Yang Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ceraian PP.1.3.3: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan dan Ceraian SR.5.1.4: Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan hendaklah dibaca bersama dengan Ceraian ini. Dipinda kepada 19. Ceraian ini terpakai bagi semua pegawai yang layak dibayar faedah persaraan di bawah Akta Pencen 1980 [Akta 227] serta orang tanggungan yang layak dibayar faedah terbitan di bawah Akta yang sama. 20. Peraturan, syarat, kaedah pengumpulan, perkiraan dan prosedur permohonan GCR yang diperuntukkan dalam PP.1.3.2: Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Kepada Pegawai Yang Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PP.1.3.3: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan dan SR.5.1.4: Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan hendaklah dibaca bersama dengan ceraian ini. 21. Tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk membolehkan pembayaran GCR kepada anggota berpencen pihak berkuasa masing-masing.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy