Pencen

 PP.1.2.4 23 4.5 Keputusan akan disampaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam tempoh sebulan dari tarikh penerimaan perakuan Ketua Jabatan. 4.6 Sebaik sahaja keputusan untuk membersarakan pegawai yang berkenaan atas sebab kesihatan diterima, Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan keputusan itu kepada pegawai yang berkenaan. Sekiranya pegawai yang berkenaan adalah di bawah skim pencen Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, dokumen-dokumen seperti disenaraikan di Lampiran PP.1.2.4(E) untuk memproses, melulus dan membayar faedah persaraan. 4.7 Carta aliran kerja prosedur persaraan atas sebab kesihatan yang dijelaskan ini adalah seperti di Lampiran PP.1.2.4(F). Tarikh Kuatkuasa Persaraan 5. Jika Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa pegawai itu tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya, maka Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mana yang berkenaan, hendaklah merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri atau pihak yang telah diperwakilkan kuasa olehnya untuk menjalankan kuasa ini, mana yang berkenaan, supaya tarikh kuatkuasa persaraan pegawai itu atas sebab kesihatan dapat ditetapkan sehari selepas tarikh kepuasan hati Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri diperolehi atau sehari selepas habisnya cuti rehat yang dilayaki oleh pegawai itu, mana yang terkemudian. 6. Mulai tarikh berikutan keluarnya laporan Lembaga Perubatan yang menyampaikan pendapat bahawa pegawai yang berkenaan tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal hingga tarikh sehari sebelum tarikh persaraan yang diputuskan, pegawai tersebut hendaklah diberi Cuti Perubatan Khas sekiranya beliau tidak mempunyai cuti rehat atau sebaik sahaja beliau menghabiskan cuti rehatnya. Sepanjang tempoh Cuti Perubatan Khas, beliau hendaklah dibayar gaji pokok dan imbuhan-imbuhan tetap berdasarkan jawatan hakikinya. Sekiranya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mana yang berkenaan, tidak berpuas hati dengan keterangan Lembaga Perubatan dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy