Pencen

 21 CERAIAN PP.1.2.4 PROSEDUR MEMBERSARAKAN PEGAWAI ATAS SEBAB KESIHATAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menerangkan prosedur mengenai urusan membersarakan seseorang pegawai dalam perkhidmatan awam atas sebab kesihatan. LATAR BELAKANG 2. Menurut seksyen 10(5) (a), Akta Pencen 1980 [Akta 227], seseorang pegawai dalam perkhidmatan awam boleh dibersarakan oleh Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, jika Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Setiausaha Kerajaan Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, berpuas hati atas keterangan doktor bahawa pegawai itu tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal. 3. Peruntukan di bawah seksyen tersebut digunakan bagi seseorang pegawai yang telah disahkan dalam jawatannya, tidak kira sama ada beliau telah memilih skim pencen ataupun skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. PELAKSANAAN Prosedur 4. Apabila Ketua Jabatan berpendapat bahawa seseorang pegawai itu mungkin perlu dibersarakan kerana tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal, beliau hendaklah memohon kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital Kuala Lumpur atau Pengarah Hospital Universiti untuk menubuhkan sebuah Lembaga Perubatan bagi memeriksa kesihatan pegawai itu khusus bagi maksud memberi pendapat sama ada pegawai yang berkenaan berupaya menjalankan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy