x Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan Pindaan 4: Urusan Pengumpulan Dan Permohonan GCR 13. Pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan setiap tahun, dengan menggunakan borang seperti di Lampiran PP.1.3.1(B). Kebenaran ini hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Cuti pegawai dan borang tersebut hendaklah disimpan di dalam buku rekod perkhidmatannya untuk rujukan sekiranya timbul sebarang persoalan mengenai GCR kelak. 14. Urusan permohonan GCR hendaklah menggunakan Borang JPA.BP.UMUM.B02.Pin seperti di Lampiran PP.1.3.1(C). Prosedur penghantaran borang tersebut bersama-sama borang dan dokumen persaraan atau permohonan faedah terbitan adalah seperti dijelaskan di BAHAGIAN V dan VI Panduan Pengurusan Persaraan, Penamatan Perkhidmatan dan Pencen, Ceraian PP.1.2.1: Pengurusan Persaraan, Penamatan Perkhidmatan dan Pencen. Contoh pengisian borang yang lengkap ialah seperti di Lampiran PP.1.3.1(D) iaitu mengikut kaedah-kaedah pengumpulan yang dinyatakan di perenggan 5 dan 6 Ceraian ini. Dipinda kepada 14. Pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan setiap tahun, dengan menggunakan borang seperti di Lampiran PP.1.3.1(B). Kebenaran ini hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Cuti pegawai dan borang tersebut hendaklah disimpan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaannya untuk rujukan sekiranya timbul sebarang persoalan mengenai GCR kelak. 15. Urusan permohonan GCR hendaklah menggunakan Borang JPA.BP.UMUM.B02.Pin seperti di Lampiran PP.1.3.1(C). Prosedur penghantaran borang tersebut bersama-sama borang dan dokumen persaraan atau permohonan faedah terbitan adalah seperti yang dijelaskan di BAHAGIAN V dan VI Panduan Pengurusan Persaraan, Penamatan Perkhidmatan dan Pencen, Ceraian PP.1.2.1: Pengurusan Persaraan, Penamatan Perkhidmatan dan Pencen. Contoh pengisian borang yang lengkap ialah seperti di Lampiran PP.1.3.1(D) iaitu mengikut kaedah-kaedah pengumpulan yang dinyatakan di perenggan 5 dan 6 Ceraian ini.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy