Pencen

 1-4 3.1.3 Kematian Dalam Perkhidmatan Borang dan dokumen seperti di bawah hendaklah dikemukakan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh kematian iaitu: i. Borang JPA.BP.HRMIS02 – Urusan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Perkhidmatan Melalui HRMIS (cetakan selepas penghantaran atas talian); ii. Borang JPA.BP.1 – Pengiraan Cuti Rehat Atau Cuti Rehat Khas Yang Boleh Dikumpul Di Bawah peraturan- peraturan Pencen 1980 (bagi anggota Perkhidmatan Awam persekutuan sahaja) (cetakan selepas penghantaran atas talian); iii. Salinan Kenyataan Perkhidmatan gemulah; iv. Salinan Kenyataan Cuti gemulah; v. Salinan buku bank / penyata (akaun perseorangan sahaja) yang memaparkan nama penuh seperti tercatat di kad pengenalan, nombor kad pengenalan baharu dan nombor akaun bank balu/duda dan anak, ibu atau wakil yang sah disisi undang-undang (mana yang berkenaan); vi. Salinan kad pengenalan balu/duda dan anak, ibu atau wakil yang sah disisi undang-undang (mana yang berkenaan); dan vii. Salinan sijil perkahwinan / perceraian / kematian pasangan; viii. Surat Akuan Balu/ Duda yang sah; ix. Salinan Sijil Kelahiran / pengagkatan anak di bawah umur 21 tahun (tiada had umur bagi anak cacat); x. Salinan sijil kematian gemulah; dan xi. Salinan sijil kelahiran gemulah (pembuktian ibu/bapa kandung); Borang-borang berikut hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari (14 hari) dari tarikh gemulah meninggal dunia: i. Borang JPA.BP.UMUM.04 – Borang Daftar Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara (jika berkenaan); dan ii. Borang JPA.BP.UMUM.03 - Maklumbalas Siasatan Polis Bagi Kes Kemalangan (jika berkenaan).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy