Pencen

 15 CERAIAN PP.1.2.2 PENGGUNAAN MODUL PENAMATAN PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS) BAGI URUSAN PERSARAAN WAJIB, PERSARAAN PILIHAN DAN KEMATIAN DALAM PERKHIDMATAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan penggunaan Modul Penamatan Perkhidmatan melalui HRMIS bagi urusan Persaraan Wajib, Persaraan Pilihan dan Kematian Dalam Perkhidmatan. LATAR BELAKANG 2. Surat Edaran Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS di Kementerian/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK)/ Jabatan dan Agensi oleh Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui surat bilangan JPA.BPM 146/8/13-1 Klt. 2(9) bertarikh 16 Februari 2016 menyatakan Modul Penamatan Perkhidmatan melalui HRMIS bagi urusan Persaraan Wajib, Persaraan Pilihan dan Kematian Dalam Perkhidmatan akan dinilai di dalam bentuk KPI HRMIS mulai tahun 2016. PELAKSANAAN 3. Penggunaan Modul Penamatan Perkhidmatan melalui HRMIS berkuat kuasa mulai 1 November 2016. Semua urusan Persaraan Wajib, Persaraan Pilihan dan Kematian Dalam Perkhidmatan hendaklah dihantar melalui HRMIS dan tiada sebarang pengecualian akan diberikan bagi penilaian KPI HRMIS bermula pada tarikh tersebut. Sebarang dokumen yang dihantar selepas 1 November 2016 tanpa melalui HRMIS tidak akan diproses (Persaraan Wajib dan Kematian Dalam Perkhidmatan) atau diluluskan (Persaraan Pilihan) serta akan dipulangkan semula kepada Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy